PM sampai mati.

Kebenaran mula terbongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dua saksi kes 1MDB dari Ambank iaitu Uma Devi (Branch Manager) dan Yap Wai Keat (Head Of Capital market) yang telah mengesahkan mengenai derma dari Putera Saudi, Putera Faisal yang telah dimasukkan ke dalam akaun Ambank private YB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Razak diantara 2011 dan 2013.

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh mereka berdua Pada 24 Febuari 2011 sebanyak USD9,999,977 (RM30,449,929.97 juta) telah dimasukkan dan kemudiannya pada 11 Jun 2011 – USD9,999,970 (RM30,179,909.46 juta).

Jumlah keseluruhan wang yang telah dimasukkan pada 2011 dari Putera Faisal ke dalam akaun YB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak adalah sebanyak USD20 juta (RM60.63 juta).

Pada masa yang sama Yap Wai Keat juga telah mengesahkan wang yang masuk pada tahun 2012 adalah dari Blackstone Asia Real Estate iaitu pada 31 Oktober 2012 dimasukkan sebanyak USD4,999,998 juta (RM15,149,963.64 juta) dan pada 19 November 2012 di masukkan sebanyak USD24,999,998 juta (RM75,749,963.64 juta).

Maka jumlah wang yang telah dimasukkan pada tahun 2012 adalah sebanyak USD30 juta (RM90.9 juta).

Yap Wai Keat juga telah mengesahkan sebanyak 9 transaksi telah dilakukan dengan wang berjumlah USD670 juta (RM2.08 billion) telah masuk dari Tanore Finance ke akaun YB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak dari 22 Mac 2013 sehingga 10 April 2013.

Kedua – dua saksi ini telah mengesahkan bahawa duit yang telah dibawa masuk ini tidak melanggar undang-undang negara yang menyebabkan red flag kepada Bank Negara. Dan amat ketara sekali bahawa pihak Bank Negara sudah sedia maklum tentang pengurusan kemasukkan Wang ini.

Jadi selama ini Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah meratib dan meracuni minda rakyat Malaysia bahawa Arab Gila mana yang hendak beri wang sebanyak itu secara personal kepada seorang pemimpin di Malaysia ini. Dan mereka juga meratib pemberian wang Arab ini adalah dongeng.

Amat jelas mereka ini mempunyai hati yang busuk dan jiwa yang jahat sehingga sanggup mengfitnah dan menganiaya lawan mereka dengan cara yang kotor dan sadis.

Rakyat perlu buka mata, bahawa kedua mereka ini hanya menggunakan melayu sebagai alat untuk berkuasa. Dan kita semua tahu mereka pemimpin PH dan PN yang gagal uruskan Negara.

Orang seperti ini biasanya hidup tidak tenteram sebab itu sampai sekarang mengelupur hendak jawatan PM sampai mati.

#SetiaKawanKasihSayang
#TanggaBatuDihatiku